Pages

Thursday, July 29, 2010

optimis dan optimis.....


aduh, rasa gatalnya jari nak menekan keyboard laptop ni sebelum proceed ke meja study...
"jangan bersedih dengan kekeruhan hidup, memang demikianlah kehidupan iu diciptakan."
-Dr aidh bin Abullah Al-Qarni.
tak ada pantai yang ta dilambung badai,
tak ada bumi yang tak ditimpa hujan,
begitulah kehidupan......terkadang kita menangisi nasib yang kita anggap malang.. sebagai contoh, result exam. andai tidak memuaskan,kita pasti tidak berpuas hati dan merasakan setakat itu saja tahap kita. seharusnya, kita bersyukur dgn apa yang kita dapat berbanding org yang lebih rendah resultnya daripada kita dan terus berfikiran terbuka yang suatu hari nanti kita pasti akan cemerlang. tapi mesti ada post-mortem diri bahagian mana yang harus kita baiki...jangan terus padamkan semangat awal semester semata-mata result exam midsemester....ingatan untukku dan teman2, selagi ada waktu, selagi itulah kita diberi peluang untuk menyerlah. orang bijak akan sentiasa berusaha merebut peluang. teringat kunjunganku ke kawasn Masjid India untuk bershopping sikit, ketika tu cuaca mendung dan hujan lantas membasahi kawasan itu, dengan singkatnya peniaga di situ mengeluarkan longgokan payung untuk dijual. itulah yang dikatakan tindakan merebut peluang. optimis bahawa keuntungan masih boleh diperolehi....ketika itu....
"pada dasarnya kehidupan ini memeang meletihkan dan menyusahkan kegembiraan yang ada padanya besifat sementara, begitu juga kegembiraan yang jarang terjadi, andai merasakan manisnya hidup ini, namun Allah tidak redha untuk menjadikan tempat tinggal bagi wali-walinya..."(la tahzan)

No comments:

Post a Comment