Pages

Thursday, November 18, 2010

aku dan dia-part3

Haris melangkah pulang ke marhalah dengan keletihan yang teramat sangat, sudah 2 hari dia tidak mendapat rehat yang secukupnya. Pelbagai perkara harus dia selesaikan. Sebagai pemimpin pelajar, dia sudah terbiasa, namun terkadang keletihan itu membuatkan seluruh urat badannya terasa sakit. Mana taknya, terpaksa berulang alik dari pejabat marhalah dan bangunan pentadbiran. ‘meeting’ pulak, kerap diadakan untuk menjayakan demi memastikan segala aktiviti untuk ‘minggu marhalah’ berjalan lancar. Tambah plak ngan tutor, assignment untuk hal kelas jugak. Mujurlah dengan kuatnya ukhuwwah antara ahli-ahli kepimpinan membuatkan dia seronok untuk bekerja. Kadang-kadang proposal untuk sesuatu event terpaksa dibuat berulang kali kerana di’reject’ oleh pihak atasan. Namun, dia akur masih banyak yang dia perlu pelajari n perbaiki demi mengaut segala pengalaman di bumi CFS ini. Sejak zaman sekolah lagi dia memg sukakan kesibukan dan tidak biasa untuk hanya menjadi follower bagi program-program yg diadakan. Ada jugak mulut-mulut yang takde insurans dakat sekolah dulu cakap yang dia ni ‘gila kuasa’. Ada ke patut, tapi dia buat tak heran je sebab dah menjadi minat dia. Apa boleh buat, kalau mulut tempayan , boleh la dia tutp, tapi inikan mulut orang, takkan nak tutup guna tudung tempayan pulak, tak logic jugak, nak aplikasi konsep ‘logic gate’ pun tak makan saman gak. Sampai je ke bilik, terus dia merebahkan diri di atas katil yang begitu empuk untuk membayar hutang tidur yang terbengkalai akibat proposal ‘musical night’ . Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah.
Selang setengah jam, handphone kesayangannya memanggil,
“sape pulak yang kacau neh, nak bayar hutang tido pn tak boleh”
“hello, assalamualaikum.....ni haris kan?”
“ya, saya bercakap. Siapa ni?”
Dengan suara yang serak basah ala-ala org baru bangun tido dia menjawab.
“oit, tido ya, banyak cantik...awak ada kelas English sekarang ni”
Alamak, sekali class rep call da....aiseh, camana ak bleh tak ingat aku ada kelas englis pkul 2 ptang ni.
“adus, maaf tertido, jap nak solat dulu. Bagitau miss ye”
“yelah, cepat sikit ye.”
Geram betul mamat ni, dia lambat aku pulak yang susah. Sejak menjawat jawatan class rep ni banyak pulak kerja Erna. Siap kena call kejut orang tido la, photostat kertas n macam-macam lagi. Paling dia allergic, budak-budak yang ponteng kelas. Paling dia pantang. Baginya dengan hadir ke semua kelas tanpa ada niat untk ponteng, di situlah letaknya keberkatan. Kalau dah datang awal ke kelas, pastinya tak bagi masalah pada lecturer n kelas berjaln dengan lancar tanpa wujudnya permainan emosi. Itu untuk lecturer yang sgt caring tentang studentnya. Dia sendiri pun tak perlu menjawab setiap pertanyaan lecturer andai ada rakannya yang tidak hadir. Tapi dalm kes Haris ni, tak pernah pulak dia lambat sebelum ni. Mungkin ada sebab yang munasabah.
Setelah selasai kelas kimia di blok klasik hujung kampus, atau yang dikenali sebagai SMWP2, Erna berjalan pulang sendirian. Laju sahaja langkahnya mencuri masa. Kadang-kadang dia lebih selesa bersendirian, segala urusan menjadi cepat. Tapi tak bermaksud untuk sombong, hubungan dengan sahabat lain tiada masalah. Malah, dia agak akrab dengan kakak-kakak bekas pelajar DarulQuran. Dia juga aktif menghadiri usrah bersama teman-teman yang lain. Bersyukur berada di situ, kerana majlis ilmu yang dianjurkan tidak bah seperti air yang mengalir. Tidak pernah surut, sebening embun pagi yang memberi ketenangan pada penduduknya. Majlis ilmu yang paling Erna gemari adalah talaqqi Ustaz Muhadhir, lecturer basic themes of Al-Quran di sini. Pendekatan majlis yang amat thiqah dengan pengisian yang mantap memberi rasa yang baru pada pelajar yang dahagakan cahaya ilmu. Terkadang, Erna terkedu sendirian dengan hanya mendengar suara ustaz, dia merasakan ketenangan yang tidak bisa digambarkan dengan kata-kata. Segala kekusutan yang hadir di hatinya juga terlerai dengan sendirinya usai majlis tersebut. Beliau tidak pernah lupa untuk mendoakan pelajar-pelajarnya di setiap majlis talaqqi . Betapa ruginya pelajar yang tidak menggunakan segala peluang yang ada untuk memantapkan ilmu di dada.
Sepanjang perjalanan pulang ke marhalah senyumannya tidak pernah lekang di bibir. Andai terserempak dengan teman yang dikenali, mereka saling menyapa. Begitu indah andai hidup untuk memberi. Tidak perlu ada harta yang bertimbun, hanya dengan senyuman, pemberian yang sangt bernilai kerana ia bisa menyejukkan pandangan orang lain. Tapi awas, tersalah senyum bahaya jugak, hehe...
Tiba-tiba, Erna terserempak dengan budak lelaki sekolah lamanya dulu, otai gila kot... takut pon ada.
“hai Erna”
Aku meleparkan senyuman cam terpaksa je. Aiseh, mamat ni bila la nak berubah, camtu je.... ‘oit, ko ingat sume orang tu sama ke? Masing-masing punya kisah tersendiri. So, berdoa je la, moga-moga dia berubah sikit’. Monolong Erna sendirian.
‘Ai, aku ni baik sangat ke nak usha-usha diri orang lain ni. Banyak lagi yang kena baiki’
Haris menekan keypad phonenya untuk menghantar msj terima kasih pada Erna yang mengejutkannya dari mimpi tadi. MUjur tak terlepas kelas miss Nadia. Dahla banyak benda penting yang disampaikan miss tadi.
“salam, thanks la tlg kejut td. Penat sangat banyak keja”
Sampai je di bilik, Erna membuka peti inboxnya selepas ringtone Power rangers berdetak. Terus reply
“welcome, keja2 jugak. Jangan sampai abaikan akademik”,
Amboi, pandai pulak ak berceramah di sini, sejak bila pula jadi penceramah x rasmi neh, ish.....
“pasni, boleh la tolong kejut hari-hari ye, ahaks ”
Ulat bulu naik daun pulak dah..
“tak payah nak jaga orang tua cam awak ni, bangun la sendiri”
Amboi, garang gile minah ni....nampak kat luar je lembut...haha. seronok jugak sakat-sakat orang.

p/s: banyak keja umah ag....nant smbung

1 comment:

  1. dah baca!!btw,Ustaz Muhadhir dlm cite ni btul2 ada kat uia ke?

    ReplyDelete