Pages

Sunday, February 5, 2012

Aku ingin terbang



Pada sabtu yang lepas, hatiku tergerak untuk menonton drama slot TV3 yang bertajuk “Aku Ingin Terbang”……sangkaan aku, ceritanya adaptasi daripada novel namun tidak pasti samada betul atau tidak. Drama airmata ni penuh dengan “passion” yang ditonjolkan melalui watak utamanya Rezki yang mempunyai cita-citanya untuk menjadi seorang pilot semenjak daripada kecil hasil dorongan ibunya. Dia hidup dalam kelompok felda yang agak susah tambahan pula bapanya sudah meninggal.
Anganan Rezki amatlah tinggi, sehinggakan seluruh biliknya ditampal dengan lukisan kapal terbang. Impiannya, untuk membawa ibu dan abangnya menaiki kapal terbang yang dia bawak. Disebabkan susah, dia hanya memakai kasut yang koyak ke sekolah dan selalu diejek rakannya.
Satu quote yang melekat dekat kepala aku ni. Pesan ayah Rezki, “biar kasut koyak, asalkan bersih” menekankan aspek disiplin yang diterapkan oleh ibu bapanya di alam persekolahan. Sangat nice.


Rezki mempunyai seorang kawan yang bernama Busran yang lumpuh pada bahagian kaki akibat penyakit meningitis. Mereka berkawan baik, dan segala perbualan antara mereka mengajar erti bersyukur. Kadang2 kita merasa apa yang kita miliki masih tidak cukup. Mengapa? Kerana kita memandang orang yng mempunyai lebih daripada kita dalam segenap aspek.
“Bus, ko rasa buruk sangat ke kasut aku yang koyak tu?” Tanya Rezki
“tak ada la, yang penting bersih kan. Sekurang-kurangnya ko masih boleh berjalan walaupun dengn kassut yang koyak tu”jawab Busran.
Masa berlalu, dan pada suatu hari Busran tidak sedarkan diri dia ditempatkan di hospital. Ketika itu jugalah Rezki menghadapi exam UPSR. Dia berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga temannya itu. Ketika itu, study tak perna rezki abaikan, dan akhirnya pada hari keputusan UPSR diumumkan, REzki mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi malangnya teman baik Rezki itu meninggal dunia……..
Perasaan gembiranya itu larut dalam kesedihan atas pemergiaan teman baiknya namun ada perasaaan puas dalam dirinya kerana dapat membuktikan kejayaannya pada Busran.
Segala kenangan bersama Busran terpahan kemas dalam ingatan Rezki. Kini, dia telah Berjaya memasuki sekolah berasrama penuh yang melatih pelajarnya dalam persediaan untuk menjadi seorang juruterbang. Rezki amat rapat dengan gurunya dan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM. Dia amat positif untuk cemerlang begitu juga dengan emak dan abangnya. Pada suatu hari yang hening abangnya membawa pulang sebuah kereta yang dibeli dengan hasil titik peluhya sebagai penoreh getah. Akhirnya, tercapai hajat ibunya untuk melawat rwzki di sekolahnya. Dalam perjalanan, malangnya emak da abang rezki terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan mereka terkorban dalam nahas terbabit.
Apakah perasaannya bila kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata. Itulah kuasa Allah yang diluar jangkauan kita sebagai hamba. Betul pepatah yang mengatakan hidup ini ibarat roda. Ada pasang surutnya. Namun, haruskah kita mengalah andai sekali kita diuji. Andai benarlah kenyataan ini, mungkin ramai yang membunuh diri jika diuji dengan ujian yang berat sperti Rezki.

Sebaliknya Rezki bangkit untuk meneruskan perjuangan hidupnya sehingga Berjaya menjadi seorang JURUTERBANG.

Sesungguhnya kita yang mencoret warna dalam kehidupan kita sendiri. Mahu jadi apa, kita yang menentukan dengan akal dan jiwa yang dipandu oleh agama kecuali dengan segala kehendak Allah seperti jodoh dan ajal.

1 comment:

  1. bila la plak nk buat cter bdk nk jadi engineer.,
    adakah engineer tu kerjaya yg x femes.,or x masyuk? hmm.,

    anyway.,cter tu mmg best.,busman mati kot.,sedih.,

    ReplyDelete