Pages

Saturday, June 8, 2013

anak yang baik mendengar kata


Assalamualaikum, in syaa Allah, mood dikala lapang.
 Nikmat lapang ni memang mencabar keimanan, sesiapa pun yang berada di zon yang kerap kali dihambat pemikiran dan jiwa untuk mencari sesuatu. Lantas, apa lagi yang dipilih untuk mengisi kekosongan dengan

masa yang ada ini? kalaupun bertanya pada sahabat-sahabat, pasti jawapannya menikmati cerita korea yang sarat dengan lelaki jambu dan perempuan comel dan drama-drama melayu yang humour. Tidak kurang yang sibuk dengan majlis pernikahan saudara-mara, jiran tetangga atau sahabat yang lebih cepat jodohnya berbanding diri sendiri. Tahniah kepada mereka yang berjaya membina sebuah masjid kehidupan. Terutamanya saudara Syahid, dan kak Sarah, student final year medik. Diharapkan agar hubungan yang berpaksikan tujuan mencari keredhaan Allah dan perjuangan itu berkekalan hingga ke syurga.

suasana hening di bangunan putih bertemankan bunyi kipas yang sudah berdebu itu menambah kesunyianku. untung punya sahabat seperti Afiqah yang setia menanti, untung juga punya laptop kesayangan, buku-buku yang jarang sampai ke tangan, hanya dibuka di kala cuti sahaja. Lalu buku-buku tersebut menjadi penunggu setiaku di rak compatrment pada masa sibuk. Kemungkinan aku memg tidak dapat fokus pada bnyak perkara dalam satu masa. sebab itulah, baru kini, buku-buku tersebut aku buka.

Dalam musim cuti yang agak panjang, gunakan sebaiknya untuk berkhidmat pada ibubapa dan adik beradik yang lain. senangkan ibu dan ayah, gembirakan hati mereka sebaiknya. Teringat betapa hebatnya sahabatku Ayuni Razak dalam menyantuni ibu dan bapanya. apabila balik ke rumah, tidak betah untuk mengurut, menjadi story teller buat ibunya, memasak dan pelbagai lagi khidmat yang membuatkan ibubapanya bahagia. Dia inspirasi aku....Sementara ada masa, sementara belum menjadi hak milik suami yang tercinta, berkhidmatlah, kerana kita sudah lama meninggalkan mereka sementelah berada di universiti. Aku amat tidak menyokong tindakan anak-anak yang berkurung di bilik tanpa ada rasa bersalah apabila dipanggil oleh ibu. hidup hanya pada dunia sendiri. Apalagi sumbangan kita sebagai anak? 

Lalu, apa motivasi terkuat untuk menjadi anak yang baik sepanjang di rumah? ingatlah setiap apa yang kita buat, urusan apa pun yang kita permudahkan buat mereka...sesungguhnya, daripada itu timbul perasaan gembira di hati mereka. Tujuan kita bukankah ingin membahagiakan mereka. tanamlah di dalam jiwa ibubapa supaya mereka beruntung dengan adanya kita sebagai anak. Sejuknya perut seorang ibu melahirkan kita. Apabila berkhidmat kepada mereka, yang berjalan  hanyalah PAHALA, PAHALA dan PAHALA.

jadilah seorang yang apabila ada orang sayang
apabila tiada orang rindu
apabila sudah pergi menghadap ILLAHI orang masih terkenang-kenang

jejak yang baik itu, mengapa harus dihenti?

#penangan Andrea Hirata 





1 comment: