kerana dunia bukanlah tempat untuk bersenang lenang, tetapi medan perjuangan yang menjadikan syurga itu sebagai ganjaran bagi yang beriman dan itqan dalam ibadah ~sebarkan senyuman tanda merendah diri kerana tiada apa yang kita miliki, semuanya pinjaman :) nikmat itu ujian dan musibah juga ujian-With you Ya Rahman, Ya Rahim..... :)
Monday, December 6, 2010
Cinta dan persahabatan
Indahnya persahabatan,
Mengundangnya manisnya perhubungan
Aku bersyukur
Dikurnia Illahi sahabat sepertimu
Indahnya cinta
Menyulam rindu di sanubari
Lantas pada siapa?
Mengertilah hati
Belum tiba masanya engkau ku beri
Pada insan bergelar sahabat
Kerna,masih banyak perkara
Yang lebih penting dari itu
Bersabarlah diri,
Yakinlah dengan janji Illahi
Teruskan perjuangan di sini
Dan ingatlah
Jalan ini bukan seindah jalan yang ditaburi bunga-bungaan
Ia berliku, menyakitkan dan memerlukan pengorbanan
Ya Allah
Tetapkan Iman
Berilah kekuatan
Hanya padamu,
Aku berserah
10.32pg,22/8/10(ramadhan)-(kulepaskan kelelahan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment