Pages

Monday, May 9, 2011

perjalanan ilmu



"ainu, nak pergi x, majlis talaqqi Syeikh Nuruddin tu?" Afiqah bertanya padaku..

"insyaAllah nak pergi, jomlah kita pegi sekali, ramai2, tentu meriah...."

"memg kami sume nak pegi pon," jawab Pipah...ngan muka selenga nya tu, aku membals ngan muka selenga jugak ^-^, aku ngan Pipah memg selalu mcm tu, suka kenakan satu same laen...


tet...tet, muchawassyo, muchawassyo,...phoneku berlagu tanda mesej masuk....
'perhatian kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis bersama Syeikh Nuruddin al-banjari, sila bersiap sedia di depan main gate tepat, 7.30 pagi esok..' mesej dari kak husna rupanya.

pada malam tu, semua kat dalm bilik 325 kc termasuk aku yang anak jiran ni, merencana perjalan kembara ilu ke masjid negeri Shah Alam. semua 'teruja' sebab x pernah pon menghadiri majlis guru kepada ustaz Muhadir.



hari itu, daripada pukul 7 pagi lagi suadah ada yang bergerak ke Shah Alam, alhamdulillah, semua punya semangat untuk ke taman ilmu.tapi kami datg tepat pukul 7.30 pg menaiki bas cap metro.

suasana damai pagi itu amat menyenangkan pancainderaku, dengan bertemankan kawan2 yang berwajah ceria, kehadiran muslimin2 yang menyejukkan pandangan,dan muslimat yang menenangkan hati .......Ya Allah, sangat berbeza. dan aku amat menyukainya....kami bergerak dalam kumpulan yang agak ramai dan meriah. sungguh, ia menimbulkan pandangan yang pelik pada pandangan orang ramai terhadap kami.

Andai dengan fesyen yang terdedah auratnya, tidak pun menimbulkan kepelikan, tetapi pakaian yang menjadi suruhan Tuhan, dipandang dengan pandangan penuh tanda tanya.

lalun ada seorang pak cik menegur kami
"oloh nak gi mano adik2 ni...." mungkin pak cik kelate ni. kami hanya mampu tersenyum, tanda hormat.... satu pengalaman yang amat unik....

begitulah, islam itu kembali asing pada zaman sekarang. aku bkan prejudis tetapi tulah hakikat dan realitinya.



sampai di masjid negeri Shah Alam, aku terpada seketika pada bangunan yang utuh tersebut, sangat gah, berkubah biru berlatar putih...

alhamdulillah, akhirnya ak dn kawan2 smpai di tingkat atas di mana majlis diadak.
hari itu, kami amat bertuah, kerana dapat menimba ilmu bersama al-Fadhil Syeikh, alngkah tenangnya perasaan...kata2 beliau amat membekas pangkal hati, melembutkan jiwa yang kian sesak dengan gelodak dosa...membawa pada pengabadian abadi pada yang esa, begitulah kesan hebat yang dibawa oleh seorang ulama' pada kami yang masih bnyak kekurangan ini.kami diberi penjelasan yang panjang lebar tentang isu sumpah yang berlaku. apakah beza antara li'an, mubahalah dan banyak lagi. penerangannya membuka mataku bahawa kita tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat pada peri laku kejahilan yang melampaui ini. kerana itulah, pentingnya ilmu.

pengamatanku, masjid itu itu begitu hidup dengan manusia yang dahagakan ilmu, redha Allah di dunia dan akhirat. ad juga yang datang bersama keluarga, masa cuti dihabiskan dengan berada di rumah Allah, amat membekas pada hati yang inginkan keluarga yang mawaddah, secara tidak langsung memberi contoh dan didikan yang terbaik buat anak pada zaman yang kian mencabar ini.(ehm, macam essay pulak)


ramai yang berkunjung terutama keluarga

thats all for today....sekadar perkongsian..:)

p/s: ada gmbar yang x smpat nak post, xde rezeki kot

No comments:

Post a Comment