Pages

Tuesday, August 27, 2013

Mesir dan Syria, ujian umat Islam kini

dulunya mereka berkumpul di dataran Tahrir demi mempertahankan yang Hak
demi menentang si Zalim yang berkelana di bumi Mesir

lalu naik seorang hero yang dipilih oleh mereka
51% kemenangan yang membawa harapan
namun, setahun yang berlalu terus dihujani konflik
sehingga membawa kepada penggulingan beliau

Ikhwanul Muslimin tidak pernah padam dalam ingatan kancah politik Mesir
mereka suara rakyat yang sebenar
mengerti nasib rakyat, kerana mereka juga adalah rakyat

namun rakyat yang terbeban dengan amanah untuk membela rakyat dan agama
penjara, penyiksaan yang tiada berkesudahan

Mesir kini berdarah
darah rakyat dianggap murah oleh tentera As sisi
ini ujian buat mereka, 
buat kita juga.....
Allah ingin melihat sejauh mana kasih sayang, 
sejauh mana kita mengambil berat tentang saudara kita di sana....
Apakah kita tahu?
Apakah kita mengambil tahu?
Apakah kita berdoa buat mereka?
renungkanlah selagi mana kita masih bernyawa....

Syahid mereka abadi di sisi Allah yang Esa
Hanya kita yang tidak pasti

No comments:

Post a Comment