Pages

Saturday, March 26, 2011

susah sgt ke nak faham atau buat2 x faham

tett.......tett....handphoneku berlagu selepas sesi tuisyen english tamat. mesej dari kwan2 ku.

"ainu, jd x ari ni?"

"insyaAllah jadi, kejap ag ak sampai, kbmall bkan jauh sgt pon"

perjanjian pertemuan dengan kwan2 dari sekolah lama. sekian lama x jumpa, hati berbunga riang hari itu. sampainya di sana, aku lihat teman2 sedang menunggu. hari itu, ak hanya memakai baju kurung beserta tudung yang sama tona dengannya.

baru sahaja moodku berbunga riang, ada temanku yg mengkritik pemakaian ak pada hari itu,

"ainu, macam mak cik la ko pakai baju", dengan muka yang agak sarkastik, mendidih darah ak ni, sakitnya hati macam kena lontaran lembing tepat ke hati.....seolah-olah dia seorang atlet melontar lembing gayanya.




dan dia menang, memang ak terasa....mata dah panas, hampir2 aku mnghamburkan air mata perempuanku, tap tidak mungkin! ak harus berlagak cool n steady..lalu, ak hanya biarkan kata2nya berlalu bak air longkang yang mengalir. apa? hempeh sgt ke ak pakai baju kurung sekali pon? mungkin dia dan teman seangkatan dengannya malu untuk berjalan denganku yang memg tidak mengikut peredaran zaman ni. kemudian, ak menetapkan pendirianku, dan berjalan dengan penuh slumber.

aah.......aku adalah aku, mana mungkin disamakan dengan dirimu. apa? bagus sgt ke pakai seluar dengan baju ketat tu....fuhhh2...sabar, memg inilah yang dinamakan cabaran dan dugaan....the endd!



hah, ni la pengalaman ak, x dapat tidak pahit tu kena telan. aku ni masih banyak kekurangan, namun ak harus mencuba untuk bertahan. susah sgt ke nak FAHAM? tlg, tlg dan tlg la faham.........sume dah belajar, besar pnjang dah pon, tp x faham2


Katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [Surah An-Nur: 31]

yang si lelaki pulak....dkat fb siap pos poster lg, 'hentikan gangguan seksual ke atas kami" dengan gambar yang seangkatan dengannya, tapi x pernah nak tegur kawn2 yag mana bakal menjadi penyambung zuriat2 mereka kelak, cerminan isteri solehah

renung2 kanlah.....sebgai peringatn untuk diri ini yg sering terlupa :)

Menutup aurat itu bukanlah kehendak sama ada kita mahu atau tidak, tetapi ia merupakan kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

notafoot:http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1943.html

1 comment:

  1. insyaAllah.,
    jaga aurat kerana Allah.,
    Allah menjanjikan syurga kpd wanita yg menjaga auratnya dgn ikhlas krana Allah^^

    ReplyDelete