Pages

Friday, December 23, 2011

kejut subuh itu tanda sayang

pagi itu hujan renyai2 mambasahi bumi kuantan, aroma kedinginan menggigit tulang insan yang lena dibuai mimpi, temasuklah aku.....tiba-tiba aku tersedar daripada lena yg membuai itu...

"astaghfigrullah, dah 7 setengah pagi" aku beristighfar sendiri.... pagi ini subuhku terlepas, lantas aku turun dari katil dan dengan langkah yang deras aku menuju ke bilik air untuk mengangkat wuduk.....dan terus mengejutkan teman2 yg lain.

lalu, berteleku pada sejadah usang itu, tetap solat walaupun tahu sudah lewat, kerana aku berpegang pada prinsip walaupn lewat, solat masih juga wajib ditunaikan, walupn aku terbangun pada jam 11 pagi pun!

usai sembahyang, aku mencuri pandang pada dua org teman yang telah bangun dan sedang asyik belajar di meja mereka....jiwaku resah, remuk bercampur kesal....mengapa mereka tidak megejutkan kami......tiadakah pada kami yang terlepas seruan Tuhan ini?

air mataku berlinangan.....sedih memikirkannya, mgkin ukhuwwah antara kami belum pn mantap,
tapi ini kisah lama dulu.....mula2 kenal,
kini, keadaan telah berubah.....alhamdulillah, ukhuwwah yang makin erat ini ditemani dengan solat berjemaah padda kebanyakan wktu.......
tapi percayalh bahawa walau susah, berat nya bangun itu, tugas mengejutkan rakan2, andai ada yang dibuai lena wajib dilaksanakan! mengapa? kerana kita bersaudara dan persaudaraan ini akarnya akidah!

jadi kejutlah kawan2 untuk subuh yang bermakna tanda sayangnya kita pada sahabat2 :)





I was born to be a muslim!!!



masih merindui bumi Petaling jaya

No comments:

Post a Comment