kerana dunia bukanlah tempat untuk bersenang lenang, tetapi medan perjuangan yang menjadikan syurga itu sebagai ganjaran bagi yang beriman dan itqan dalam ibadah ~sebarkan senyuman tanda merendah diri kerana tiada apa yang kita miliki, semuanya pinjaman :) nikmat itu ujian dan musibah juga ujian-With you Ya Rahman, Ya Rahim..... :)
Friday, August 27, 2010
puisi buat sahabat.......
Hati ini sering mendetikkan kata-kata. Kadangkala, tidak terungkai oleh akalku….. dalam mengharungi hidup seharian, aku tidak dapat menyangkal satu hakikat, bahawa ramai teman-teman yang sentiasa menemani di sisi….
Merenung langit tuhan,
Mencari cahaya kedamaian,
Terlihat aku awan yang seakan tersenyum
Menyatakan kasihku padamu
Setenang wajahmu,
Membawaku kealam nyata,
Yang amat terbeza cintanya
Erti sebuah persahabatan
Teman, mengertilah
Rinduku tiada terbanding
Ku ingin menggapai redhaNya
Kerna ku mengerti tiada cinta sempurna,
Hanya kepadaNya
Sujudku bersyukur,
Adanya teman sepertimu,
Hanya doaku mengiringi,
Dimanapun dikau berdiri….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment