kerana dunia bukanlah tempat untuk bersenang lenang, tetapi medan perjuangan yang menjadikan syurga itu sebagai ganjaran bagi yang beriman dan itqan dalam ibadah ~sebarkan senyuman tanda merendah diri kerana tiada apa yang kita miliki, semuanya pinjaman :) nikmat itu ujian dan musibah juga ujian-With you Ya Rahman, Ya Rahim..... :)
Saturday, August 28, 2010
suara hati seorang anak....
sedang mengisi kekosongan dengan mind map kimia, aku menerima sebuah panggilan dari insan tersayang.....tertera di skrin 'Papa'... perbualan kali ini..mengundang keharuan, aduh....terkenang wajah tersayang....x sabar nak balik rumah....tinggal seminggu je lagi
di lubuk hatiku yang berbunga riang, aku bersyukur krana masih punya keluarga yang menyintai.........dari aku kanak2 hingga dewasa, banyak yang aku dah lalui bersama kedua-dua insan ini, sesungguhnya pahit bila dimarah, ditarbiah itu membuahkan manisnya rasa sayangku pada mereka.....
menuju kedalaman hati papa,
ku tahu
disebalik tenang wajahnya
ada seribu kisah yang terpendam
tidak pernah terluah
segala gundah dan resah
menyingkap tirai hati mama
tidak terkira banyaknya
sekeping hati itu retak
terkadang luluh dimamah ujian
yang menyesakkan dada
namun,
demi kami anak-anak
nilaian harta dunia akhirat
yang tidak terbanding dengan emas dan permata
papa dan mama terus kuat dan cekal
tersenyum dalam ketabahan
yang dipinjam dari Tuhan
Aku bersyukur,
diberi nikmat memiliki dirimu
dalam menempuh badai dunia
tika rebah dan tersungkur
dirimu masih ada
menghulurkan tangan, memimpin jalan
dalam cinta dan redha sang Pencipta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment