Begitulah keadaannya untuk seminggu yang pertama, penat menepis kata hati namun, dia tetap melayan gurauan Haris melalui sms. Saban hari begitu, hati mana tak tersentuh, lama-kelamaan menjadi suka. Tidak lama selepas itu,Haris akhirnya membuat pengakuan ‘maut’ padanya. ‘I like u’
Alamak, cmana ni, apa yang aku nak buat? Berhubungan dengan lelaki ini, ke mana hilangnya prinsip aku dulu? Namun, jiwanya memberontak melawan persoalan itu, membawanya terus hanyut dalam dunia cintannya. Tak siapa tahu tentang itu, Haris dan Erna pandai menyembunyikan rasa seolah tiada apa pun yang berlaku.
Satu semester berlalu, pernah sekali mereka outing bersama dan makan-makan seperti pasangan kekasih yang lain. Benar, cinta itu boleh merubah siap sahaja. Haris sepertinya sudah biasa berkeadaan begitu namun bagi Erna ia sesuatu yang baru dan terpaksa mencari ruang untuk menyesuaikan diri.
Dalam dia tidak sedar, Erna punya konflik hatinya sendiri. Dalam melayan rasa hatinya, dia tahu apa yang dilakukan itu salah. Dia bertekad dan yakin andai cinta dan sayangnya pada lelaki itu tidak akan melebihi cintanya pada Illahi. Namun, sebaliknya yang berlaku, bahagianya tidak ke mana, khusyuk dan nikmat beribadah tidak sama seperti dulu. Manisnya hilang ditelan ingatan pada Haris yang terbawa-bawa hingga ke dalam solat.
Suatu petang, Erna sedang asyik melayan angan sambil memasang nasyid , dia mengamati bait-bait irama Di Atas Nama Cinta, yang dilagukan oleh kmpulan nasyid yang terkenal, UNIC.
Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihnya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya dia yang Esa
dan benar, cinta Haris sudah membawa Erna jauh meninggalkan landasan iman. Tidak salah bercinta namun adakah pelabuhan itu halal.lebih baik bercinta selepas dihalalkan hubungan itu. Tapi, kami masih muda, perjalanan masih lagi jauh. Duit pun mintak ngan mak ayah lagi. Haih, banyak ag tak cukup. Sudah seminggu Erna berfikir dan memutuskan untuk tidak meneruskan perhubungannya dengan Haris. Dia mengambil jalan untuk tidak berhubung dengannya. Lantas, menimbulkan gusar di hati Haris, apakah dia telah berbuat salah pada gadis itu. Lalu, dia nekad menghubungi gadis itu.
“Assalamualaikum, Erna, sihat”
“wa’ailaikummuslm, yup Haris, sihat Alhamdulillah.
“kenapa lama tak mesej saya? Kenapa saya mesej tak balas? Awak marah saya? Bagitaulah kalu ada masalah pape pon...” pertanyaan daripada haris diibaratkan seperti bom atao yang dijatuhkan Amerika Syarikat ke Hiroshima n Ngasaki..pulak dah....
“ehem, xde pape lah, ok je. Tak de salh pon. N tak ada masalah. Cma saya yang bermasalah. Aduh, cmana nak jawab ni...sebenarnya dia sudah merangka jawapan yang tepat, dan berkesan sebagai penjelasan yang bijak pada lelaki itu”
“kenapa awak buat saya macam ni? Awak dah tak sayang dekat saya?”, Tanya Haris.
“ em, Haris, awak tau x awak ni seorang lelaki yang baik, berkarisma, bijak pulak tu( puji sket). Saya happy sgt dapat kenal awak, dapat berkawan n rasa caringnye awak. Saya sayang awak tapi x taulah, ke mana akan saya bawa sayang dan cinta ni, sama ada kekal atau tak, buka pada tangan saya. Saya tak ada hak pun untuk memegang awak sekalipun, maksudnya kita tiada aim yang jelas. Apa makna sayang dan cinta andai melebihi sayang kita pada Dia. Kalau solat pun tak khusyuk, asyik ingat awak, macamana saya nak hidup? Maafkan saya, saya baru sedar bahawa saya tidak boleh ego dalam mempertahankan soal hati dan perasaan kerana semuanya adalah milik Allah. Saya jugak tak mahu jadi perosak iman seorang lelaki. .”
Haris mendengar setiap patah kata-kata Erna dan mencernakannya dalam otak yang sejak tadi lagi berpusing ligat. Terus kata-kata itu masuk menerobos hatinya yang bersrabut. Benar, selama ini dia juga bnyak berbuat khilaf. Dia lebih mementingkan hubungannnya dengan manusia. Setiap apa yang dilakukannya juga banyak menjurus pada kepentingan untuk dirinya sendiri sahaja, bukan demi redha Sang Pencipta.
“maafkan saya, tidak sangka sejauh itu awak berfikir dan rasa. Saat ni saya rasa bersalah yang amat pada awak andai sayalah penyebab segalanya”
“kesalahan ni buka sahaja daripada awak tapi sayalah yang silap. Saya jugak minta maaf. Lepas ni, saya harap tiada apa-apa antara kita, ”sambung Erna lagi.
“tapi saya juga berharap agar kita sama-sama bertekad untuk tdak mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan sbelum ni. Couple is bad, ”kata Haris pula bersemangat.
“insyaAllah, kita kena janji pada diri sendiri jugak, andai itu ketentuannya.” Aiseh, sempat lagi Erna berbahasa.
Kesedihan tu memang ada namun hilang dengan sendirinya dengan melapangkan hati dan kembali padaNya. Benar, manusia itu tak sempurna. Iman pula ada naik turunnya, namun hanya pada Dia harus dipohonkan kebergantungan, agar tidak tergelincir lalu jatuh ke lembah kehinaan.
TAMAT
-1.17 a.m-
Harap bgn subuh awal esok
Dah habis baca!!nasihat yg amat bagus,lagi2 dgn remaja zaman skung(and kepada diri sendiri.huhu).thanks!
ReplyDelete