Pages

Wednesday, November 16, 2011

sebarkan manfaat

malam itu, aku bersama ayuni dan fatin dijemput oleh pihak SRC untuk satu bengkel adobe photoshop....sememangnya agak keberatan tetapi memikirkan bro luqman sudah menawarkan transport pada kami, apa salahnya aku menyedok sedikit ilmu daripada bgkel tersebt. mungkin suatu hari nanti dapat aku apply ilmu yang aku dapat malam itu

sepanjang perjalanan pergi dan pulang, otakku ligat memikirkan kehebatan tokoh pemimpin2 uia kuantan yang berada di sekelilingku. bro luqman sendiri sebagai SRC( student Representative council), memegang bnyak tanggungjwb selain menyelia F.O.S. itu baru pelajar yang boleh dikatakan pendokong organisasi. apatah lagi bagi yang memegang tampuk kepimpipan yang besar seperti presiden dan naib presiden.

dalam prjalanan pulang ke marhalah, bro Luqman sempat berkongsi........pesan Bro syarif, naib pres SRC 1, pemimpin itu perlu berjiwa besar.....kenapa? kerana dia semestinya prlu menerima pelbagai permasalahan di sekelilingnya untuk diserap di jiwa dan diselesaikan. lalu bagaimana dgn masalahnya sendiri? semestinya jiwa besar itu menggabungkan permasalahan diri dan orang lain. maksunya, hati dan jiwa harus kuat pada pandanganku. persoalannya, bagaimana bagi org yang bukan pemimpin? seharusnya seperti itu juga kan?

persiapkan diri dengan kekuatan jiwa dan sentiasa memohon pertolonganNya.

tak ada masalah tanpa jalan penyelesaian.....

No comments:

Post a Comment