Pages

Thursday, November 17, 2011

audiology????

hm...kenduri sepupuku yang lepas, ramai aku jmpa kenalan2 mamaku. lalu ad yang bertanya tentang course ape yang aku ambil kt u? lalu aku jawab "audiology". hm, mula la sume orang buat muka blur. mgkin dalam hati dorang

" audiology??? gaponamorimau tu......." biasalah, makcik2 kat kampung aku pon tak berapa tau sgt bidang ni wujud and dorang selalu assume aku amk bidang kedoktoran....ish2 penat nak menerangkan tap dorg still assume camtu. hm, nak buat cmana :0


meh nak cite sikit.....



Audiologi adalah bidang yang berkaitan dengan pendengaran atau 'sound system of human'.

tetapi ahli audiologi dipanggil 'AUDIOLOGIST'



Audiologis ialah professional bertauliah yang bertanggungjawab untuk memberikan perawatan yang komprehensif kepada individu yang mempunyai masalah pendengaran.

Mereka berkemahiran dalam melakukan penilaian, mengenalpasti dan menguruskan individu dengan masalah pendengaran.

Apakah perkhidmatan yang diberikan Ahli Audiologi?


Ujian Pendengaran

Ahli Audiologi menggunakan peralatan khas untuk memperolehi keputusan yang tepat mengenai permasalahan pendengaran. Ujian yang dijalankan dilakukan didalam bilik khas kedap-bunyi. Ahli audiologi yang diktiraf melakukan pemerikasaan terhadap gegendang telinga, membuang wax didalam telinga, membuat pemeriksaan diagnostik serta memeriksa masalah pendengaran disebabkan masalah perubatan yang lain.

Ujian Pendengaran untuk Bayi dan kanak-Kanak

Mempunyai deria pendengaran yang baik adalah amat penting bagi perkembangan serta membolehkan bayi serta kanak-kanak untuk belajar. Pemeriksaan Audiologi adalah sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di semua peringkat umur. Ini termasuklah kepada bayi yang baru lahir.

Perkhidmatan Kaunseling dalam Penjagaan Pendengaran


Ahli Audiologi adalah amat mementingkan kebolehan setiap individu di semua peringkat umur untuk memiliki deria pendengaran yang baik. Ahli Audiologi memberikan perkhidmatan kaunseling untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Adalah menjadi kebiasaan bahawa kemampuan deria pendengaran akan menurun apabila umur seseorang individu itu meningkat.

so, lepas ni harap2 x ada orang yang confius ;)

1 comment:

  1. same la ngn optometri pon.. selalu dianggap dktor mata (opthalmologist)-IhsanKhalid

    ReplyDelete